TANYA SAMA ITU HUD HUD - M. NASIR скачать видео бесплатно


92,770
Длительность: 05:24
Загружено: 2011/11/24

Комментарии

9 years назад

nashrahsolace

Sufi song.

9 years назад

Kinoi Farid

Ho Nam, asl dri bahasa cina " Lang em si lang koi emsikoi, = olang bukan olang antu bukan antu , kuang2

9 years назад

Faridah Arieaty

lihat dari mata burung....!!!!

9 years назад

Zulkarnain Iskandar

hanya jalan yg "lurus" akan sampai kepada NYA. Maka carilah jalan yg lurus itu...

10 years назад

Shahrul Izwan Mansor

"Lihat dunia dari Mata Burung, atau lihat dari Dalam Tempurung"

10 years назад

Safaruddin Ridzuan

Tujuh puluh tiga pintuTujuh puluh tiga jalanYang sampai hanya satu jalan Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429). Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak? Hmm... Beribu-ribu MargasatuaMencari raja si MuraqYang sampai hanya tiga puluh Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr)tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebutdalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut. Ooh... Sang AlgojoOoh... nanti dulu Algojoitu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantaidi bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"? Lihat dunia dari mata burungAtau lihat dari dalam tempurungYang mana satu engkau pilih Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan. Dalam kalut ada peraturanPeraturan mencipta kekalutanDi mana pula kau berdiriDi sini Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah.Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai.Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yangterlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dankita berada DI SINI!" Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini. Ooh... Sang AlgojoOoh... nanti duluBerikan ku kesempatan akhir iniUntuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnyaBerikan aku kesempatan akhir iniLai lai la lai la lai Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak? Tanya sama itu hud-hudLang mensilangKui mengsikuiKerana dia yang terbangkan ku ke mari Yang ni, kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca di sini.Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujuddan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanyapada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.Musykil lagi? hm..tanya sama itu Hud-hud! (KREDIT TO BANGCAK) apa yang baik,ikut dan amalkan.apa yang buruk.tinggal dan jadikan sempadan. terima kasih meluangkan masa membaca entry ni. Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah-safaruddin ridzuan

10 years назад

Muhammad Addeen Mohd Nasir

tanya sama itu hud hud,nang bo ti nang,kui boti kui...

10 years назад

malar segar

73 pintu...73 jalan..yang sampai hanya satu jalan.....Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)

10 years назад

Ho Nam

Lang Masi lang toi koi SI koi ?? Explain plsss!!

10 years назад

Ho Nam

talak 36 , talak 77 ... 30 onlyy !(putih)

10 years назад

kira kiri

raja sulaiman/nabi sulaiman

10 years назад

Ahlimuzik TR

Jika lagu ini dikiaskan tentang undang/peraturan HUDUD Sang Algojo - tukang potong kepala Lihat Dunia dari Mata Burung atau Bawah Tempurung (cara orang melihat undang2 itu) Dalam kekalutan, bunuh, rogol, kecurian - so? komen2 ini hanya saya kaitkan sedikit sahaja

10 years назад

eddie dale

algojo tu bukan malaikat cabut nyawa.... tetapi tukang potong kepala di gelar algojo

10 years назад

zakaria850824

30:30 fitrah manusia

10 years назад

glaser85

rasany lang nang buti nang kui buti kui yang maksudnya orang bukan orang,hantu bukan hantu.lang mensilang kui mensikui maksudnya helang dengan cara helang. kui dengan cara kui.

10 years назад

nantata

Someone pls explain this song to me. Please .Apa tu sang algojo? lang mensilang kui mensikui tu bahasa apa???

10 years назад

amirul ariff

lirik dari kisah Mantiq Al-Tayr karya oleh Fariduddin Attar(attar of nishapur) .... cerita pasal pengambaraan burung2 yang diketuai burung hud untuk mencari raja burung si muraq dkt gunug qaf ... baca buku dia best :D

10 years назад

pencinte karya

sang algojo tu tukang memberi hukum, lagu ni nk btau kite x bole hukum org yg belum disampaikan ttg quran. yg smpai 30.30 tu pulak cerita ttg surah ar rum ayat 30. ayat ni cerita ttg fitrah manusia. lang mensilang kui mensikui tu pulak maksud nya , hantu bukan hantu, org bukan org.... tny sama itu hud2 pulak cerita ttg surah saba'. berikan ku kesempatan tuk menytakan kisah maksudnye kisah sunah rasul2.

10 years назад

Long Koris

masih memegang ikatan murni setia janji yg hak ...

10 years назад

Izzat Syari

1 sunnah .

Похожие клипы