Lagu ini diambil dari album berjudul " Irama Gamelan Malaysia Vol 1 - Lagu-lagu Gamelan Terengganu" terbitan UKM tahun 1983 bersempena dengan 'Bengkel Gamelan Malaysia Pertama di Kuala Terengganu ~ 12-15 April 1983'. Album ini dihasilkan dan didedikasikan kepada guru-guru dan pendokong muzik ini pada ketika itu iaitu Allahyarham~ Mohamad Ismail ( Pak Mat), Tengku Chik Osman (Ayahku), Abdul Jabar Abdullah (Pak Bar) dan Allahyarhamah Adnan Abdullah (Mak Nang), diterbitkan oleh UKM dengan naungan Kerajaan Negeri Terengganu serta dirakamkan di Quad Studio Singapura. Setakat yang diketahui, terdapat Vol 2 bagi rakaman ini namun atas sebab-sebab tertentu dan beberapa lain lagi maka ia tidak dapat diterbitkan. Album ini juga merupakan album koleksi lagu-lagu gamelan Terengganu yang pertama seumpamanya yg pernah dirakamkan dalam bentuk Kaset dan mengandungi sebanyak 11 buah lagu kesemuanya iaitu; Ayak-Ayak,Baba Layar,Ketawang,Kunang2 Mabuk,Muleh@Pemuleh,Perang Manggong,Selanting,Sri Rama Balik,Timang Burong,Togok dan Tongkang masuk.
6 years назад
6 years назад
6 years назад
6 years назад
7 years назад
7 years назад
7 years назад
7 years назад
8 years назад
8 years назад
9 years назад
9 years назад
10 years назад
10 years назад
10 years назад
10 years назад
10 years назад
10 years назад
10 years назад
11 years назад